… Pop-Culture resource for the Malaysian Cosplay Community

Wu Xia ~ Review


Banyak percubaan untuk mengembalikan zaman kegemilangan filem seni mempertahankan diri kung-fu termasuklah mencampurkan kung-fu dengan elemen komedi dan juga sukan. ‘Wu Xia’ adalah salah satu percubaan yang menjadi percaturan berisiko tinggi oleh pengarah Peter Chan (pengarah ‘Perhaps Love, The Warlords’)

Kisah dimulakan dengan perjalanan kehidupan harian Liu Jin Xi (Donnie Yen), pemilik kilang kertas disebuah perkampungan Liu pada tahun 1917. Dia bahagia bersama isteri dan dua orang anaknya dan sifatnya yang gigih berkerja membuatkan dia tidak ubah seperti salah seorang pekerja biasa dan bukan pemilik kilang. Sewaktu Jin Xi memperbaiki tingkap sebuah kedai runcit, dua orang penjahat muncul lalu meminta wang dari pemiliknya. Akibat keengganan pemilik kedai menyerahkan wang, penjahat mahu membunuh semua pekerja kedai dan Jin Xi terperangkap ditengah perbalahan. Dimata kasar orang kampung dan pekerja kedai, Jin Xi bernasib baik kerana tidak sengaja membunuh dua penjenayah dalam kekalutan mengelak dari dibunuh.

Detektif Xu Bai-Ju (Takeshi Kaneshiro) tiba ditempat kejadian untuk menyiasat dan sifat ingin tahu yang keterlampauan membuatkan dia sangsi dengan Jin Xi kerana kedua-dua penjahat yang terkorban merupakan pengamal seni mempertahankan diri dan penjenayah yang dikehendaki pihak kerajaan. Bagaimanakan seorang pembuat kertas berjaya menumpaskan mereka dengan mudah?


Dengan sekelip mata filem kung-fu ini bertukar menjadi siri tv ‘CSI: Yunnan’! Ini adalah elemen kedua yang cuba diserapkan dalam filem ini dengan mengejut dan mengakibatkan penonton keliru. Dari awal kita disajikan dengan kisah dari mata Jin Xi tetapi muncul saja Detektif Bai-Ju, jalan cerita sudah diubah ke sudut lain. Unsur animasi dan babak ulang kembali (flashback) bersama suara latar Bai-Ju mula diterapkan dan lama kelamaan, elemen kung-fu semakin pudar dari filem ini.

Dari situ, jelaslah ‘Wu Xia’ bukanlah filem kung-fu biasa yang membelasah 30 orang dalam 10 saat. Jadi peminat filem kung-fu belasah mati janganlah kecewa dengan percubaan baru ini kerana hanya ada tiga babak lawan didalam keseluruhan filem. Walaupun ideanya amat segar dan terpuji, perlaksanaannya masih kaku dan kekok. Mungkin 10 tahun dari sekarang, ramai yang menggelar filem ini merupakan perintis filem kung-fu generasi moden, tapi bukan sekarang.

Namun, filem ‘Wu Xia’ tidak mengecewakan. Jalan cerita yang inovatif, skrip yang mantap dan lakonan yang berkesan dapat menandingi rentak cerita yang tidak menentu. Terdapat juga dua babak penyelamat iaitu flashback latarbelakang Detektif Xu Bai-Ju dan kemunculan pelakon Jimmy Wang Yu ‘The-One Armed Swordsman’ (1967), merupakan filem yang telah memberi inspirasi buat Peter Chan dan Donnie Yen untuk bergabung tenaga menghasilkan ‘Wu Xia’.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s