… Pop-Culture resource for the Malaysian Cosplay Community

‘Spy Kids: All the Time in the World’ in 4D ~ Review


Siapa sangka filem terakhir Spy Kids diterbitkan 8 tahun lalu pada tahun 2003 dan pengarah/penulis/penerbit Robert Rodriguez mengatakan “Spy Kids 3-D: Game Over’” ialah filem terakhir trilogi Spy Kids. Mana tahu, Rodriguez kembali dengan “Spy Kids: All the Time in the World“ sekali lagi.

Tak cukup dengan itu, filem ini menambah satu lagi dimensi dalam huruf D iaitu 4D. Dimensi ke-4 ini ditambah dengan “Aromascope” dimana para penonton akan menikmati berapa jenis bau dari kad gores dan hidu. Jangan bimbang bagaimana sistem “Aromascope” ini berfungsi kerana sebelum filem ini bermula, anda akan melalui proses tunjuk ajar.

Berbalik kepada filem, kisah kali ini bermula dengan Rebecca (Rowan Blanchard) dan Cecil (Mason Cook) yang tidak dapat menerima kehadiran mak tiri baru mereka Marissa (Jessica Alba) yang berkahwin dengan wartawan punyiasat Wilbur Wilson (Joel McHale). Tanpa pengetahuan keluarganya, Marissa adalah ejen bersara OSS – Organization of Super Spies, agensi perisikan terkemuka dan bekas ibupejabat Spy Kids dulu yang sudah ditamatkan.

Apabila dunia di ancam oleh penjahat yang memanipulasikan masa bergelar ‘The Timekeeper’, Marissa perlu menyerahkan rantai berbatu nilam merah yang telah diberikan kepada Rebecca kepada OSS untuk menghalang manipulasi masa. Pengikut ‘The Timekeeper’ berjaya menjejak rantai tersebut ke rumah Marissa menyebabkan nyawa Rebecca dan Cecil terancam. Mereka berdua perlu menggunakan kebijaksanaan dan kenakalan untuk menewaskan penjahat dengan bantuan gajet dan anjing bernama Argonaut.

Kualiti 3D kali ini, jauh lebih baik dari “Spy Kids 3-D: Game Over” yang dirosakkan dengan warna warni yang keterlampauan sehinggakan kesan khas 3D lebih teruk dari video game murahan. Rodriguez berjaya menerapkan elemen dunia realiti walaupun ianya masih jelas kelihatan penggunaan komputer grafik. Harus diingat, ini adalah versi jinak Rodriguez berbeza dengan filem aksi-aksi ganasnya. Namun, plot dan jalan ceritanya masih bercirikan kisah kanak-kanak seperti filem-filem Spy Kids sebelum ini. Nilai kekeluargaan dan pengajaran cuba diterapkan tetapi ia masih tidak dapat menarik perhatian penonton yang dahagakan sesuatu yang baru.

Beberapa lawak dan jenakanya masih berkesan, namun penonton tidak merasa kebijaksanaan dan keintiman yang ada pada watak Spy Kids terdahulu iaitu Carmen dan Juni Cortez pada Rebecca dan Cecil. Jessica Alba juga gagal membawa watak Marissa dengan berkesan dan walaupun menggunakan pakaian kulit ketat, bila berdiri sebelah Carmen (Alexa Vega) yang sudah dewasa, Alba gagal menarik perhatian penonton kerana Carmen kelihatan jauh lebih seksi dan bertenaga melakukan gerakan aksi.

Penggunaan “Aromascope” dipawagam Malaysia buat pertama kalinya adalah percubaan terkini dalam menaik taraf tahap hiburan generasi baru. Walaupun pembikin filem akan memberi masa untuk anda mengores tetapi melakukannya dalam gelap disebalik cermin mata 3D bakal membuatkan anda ketinggalan sedikit babak dilayar perak. Bayangkan apakah elemen baru yang akan dicuba untuk filem ke-5 Spy Kids nanti, mungkin penonton disimbah air untuk babak tepi pantai atau terasa kepanasan roket enjin?

Terima kasih kepada Golden Screen Cinemas Sdn Bhd

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s