… Pop-Culture resource for the Malaysian Cosplay Community

CARS 2 ~ Review

Apa yang akan anda dapat jika kisah yang penuh pengajaran, moral yang tinggi dan menyentuh perasaan cuba diubah atas dasar keseronokkan? Inilah formula baru yang cuba ditonjolkan dalam ‘Cars 2’. Sebuah formula perlumbaan yang kekurangan minyak untuk menggerakkan kesuluruhan cerita.

Bintang lumba kereta Lighting McQueen (Owen Wilson) sudah menjadi juara perlumbaan NASCAR, kembali ke Radiator Springs untuk bertemu rakan-rakannya terutama kawan karibnya Mater (Larry the Cable Guy). Setelah mendengar cabaran dari pelumba dunia Francesco Bernoulli (John Turturro) melalui panggilan telefon Mater, McQueen bersetuju menyertai perlumbaan Grand Prix menggunakan minyak alternatif mesra alam ciptaan Miles Axlerod (Eddie Izzard).

Mater juga turut serta menjadi krew perlumbaan McQueen, tetapi sikapnya yang berseloroh memalukan McQueen dihadapan para pencabarnya. Sewaktu di Jepun, Mater telah disalah anggap sebagai ejen perisikan dunia oleh ejen Finn McMissile (Michael Caine) dan ejen Holley Shiftwell (Emily Mortimer). Maka bermulalah pengembaraan penuh aksi Mater dijalanan Itali, Perancis dan England menentang musuh yang terdiri dari kenderaan-kenderaan ‘lama’ yang merancang penakhlukan dunia menggunakan senjata misteri. Akibat misi menyelamatkan dunia, persahabatan Mater dan McQueen tergugat mangakibatkan mereka berpisah.

Dari siri filem ‘Toy Story’, ‘Finding Nemo’ termasuk ‘Cars’, kita telah disajikan bagaimana watak-watak animasinya dibentuk untuk menjadi tak ubah seperti manusia. Kasih sayang, semangat kekeluargaan, kekuatan persahabatan, kesedaran adalah sebahagian dari elemen kejayaan filem Pixar tetapi ‘Cars 2’ kehilangan semua elemen penting ini. Genre perisikan British yang diterapkan gagal sama sekali, mungkin kerana ia telah diguna pakai hampir kesemua ejen-ejen yang pernah muncul dilayar perak. Ia mungkin seronok ditonton tetapi ia langsung tidak meninggalkan impak dan dengan pantas dilupakan 5 minit selepas keluar pawagam.

Ketiadaan watak Doc Hudson akibat kematian pelakon Paul Newman, amat dirasai kerana aura mentor dalam filem pertama meninggalkan kesan yang sangat mendalam. Namun, kesilapan paling besar pengarah dan penulis John Lasseter bersama Brad Lewis ialah menukar watak Mater menjadi watak utama bukan lagi McQueen. Langkah ini mungkin cubaan untuk menambahkan elemen komedi dan kecomelan tetapi secara tidak sengaja menyebabkan seluruh cerita hilang arah kerana tiada keutamaan.

Dari segi visual, Pixar berjaya berdiri dengan megah dengan pencapaian animasi dalam ‘Cars 2’. Babak perlumbaan disetiap trek-trek terkemuka dunia boleh membuatkan rancangan BBC F1 in High Definition rasa macam siaran langsung kereta lumba tahun 80’an. Walaupun banyak warna-warna terang pada kereta dan persekitaran, ia tidak memeningkan kepala seperti yang kita alami dalam ‘Speed Racer’ (2008). Teknologi 3D-nya pula sungguh jelas dan nyata ke setiap pixel, ini bukan mudah terutama sekali semua kenderaan utama mempunyai kesan showroom finish polish membuatkan hampir setiap babak mempunyai refleksi atas permukaan kereta.

‘Cars 2’ adalah filem yang berjaya menonjolkan teknologi 3D semaksima yang mungkin dan sesuai ditonton kanak-kanak untuk keseronokkan tetapi serba kekurangan dalam pengolahan dan penceritaan berbanding dengan filem pertamanya yang hanya berlatar belakangkan bandar kecil bernama Radiator Spring.

 

Terima kasih kepada Walt Disney Studios Motion Pictures, Malaysia

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s