… Pop-Culture resource for the Malaysian Cosplay Community

Conan: The Barbarian ~ Review

Susah jugak jika kita tidak membuat perbandingan filem terbaru ‘Conan: The Barbarian’ dengan versi lakonan Arnold Susah~nak~eja kan? Memudahkan cerita, memang tiada perbandingan yang perlu dibuat sebab filem ini berbeza dari versi ‘Conan: The Barbarian’ tahun 1982. Nak kata reboot pun tak boleh, nak kata remake jauh sekali. Paling jelas, versi kali ini tidak kesampaian dalam beberapa espek.

Dari jalan cerita, Conan kali ini dilahirkan betul-betul dalam peperangan yang menyebabkan kematian ibunya. Ayahnya membesarkannya dan kemudian kampung mereka diserang dan Conan menyaksikan kematian ayahnya. Perbezaan ketara ialah, Conan dulu ditangkap semasa kecil dan dipaksa menjadi hamba, melakukan kerja buruh dan bertarung seperti Gladiator. Versi baru; Conan hidup dan membesar bersendirian selepas kemusnahan seluruh kampungnya dan semangat balas dendam membuatkan dia meneruskan kehidupan sambil menjadi pejuang pembebas penghambaan. Dia mencari peluang untuk mendekati pembunuh ayahnya dengan mencari konco-konco, sehinggalah bertemu dengan bakal mangsa korban pemujaan, Tamara.

Rentak ceritanya goyah sebaik sahaja ayah Conan, lakonan Ron Perlman mati. Personaliti Conan sewaktu kecil (lakonan Leo Howard) lebih berkesan dari Conan dewasa (lakonan Jason Momoa). Momoa mempunyai masa depan yang cerah menjadi watak hero sasa tetapi dalam filem ini, skrip tuturannya amat lemah dan tidak berkesan untuk seorang pahlawan gasar. Ayat tuturan dalam trailer: “I live. I love. I slay … I am content” sudah cukup membuktikan segalanya.

‘Conan: The Barbarian’ sebenarnya tidaklah seburuk yang disangka. Peminat filem aksi ganas akan berpuas hati dengan Conan kali ini, jumlah darah dan percikannya boleh membinggungkan kesemua franchise CSI kerana tekanan dan sudut semburan darah bersepah merata macam zaman kuno tiada hukum fizik. Dari segi kesan khas, hanya satu babak yang membanggakan iaitu serangan zombie pasir terhadap Conan. Agak susah untuk menentukan kualiti 3D filem ini berkesan oleh kerana sewaktu tayangan media diadakan, versi 3D masih menjalani suntingan penapisan.

Sebaiknya filem ini ditonton tanpa sebarang rujukan filem tahun 1982 dan lebih sesuai diterima sebagai hiburan ringan dan bukan berharapan menjadi sebuah lagi filem epik. Pemilhan untuk mengurangkan unsur ilmu hitam dalam keseluruhan cerita bersesuaian untuk Conan yang bercirikan manusia dan membesar dengan cara tersendiri.

Terima kasih kepada Golden Screen Cinemas Sdn Bhd (Malaysia)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s