… Pop-Culture resource for the Malaysian Cosplay Community

Final Destination 5 ~ Review

Anda memandu kenderaan balik kampung di hari Raya, tiba-tiba sekeping kertas melekap ke cermin hadapan. Dalam dunia serba zalim Final Destination, sekeping kertas itu sudah cukup untuk manjadi punca kematian tahap sadis yang menghantui penonton sejak filem pertamanya sedekad dulu.


Seperti filem-filem lalu, mula-mula tragedi skala besar bakal terjadi dan kali ini ia berlaku di atas sebuah jambatan gantung. Babak jambatan ini adalah salah satu babak tragedi permulaan terbaik dalam sejarah Final Destination kerana kesan khas yang terpuji kerana dapat menandingi kemalangan jalanraya versi 35mm dalam ‘Final Destination 2’ dan kemalangan litar lumba versi 3D ‘The Final Destination’.


Macam biasa salah seorang dari sekumpulan perkerja sebuah syarikat mendapat prarasa (premonition) tentang tragedi yang bakal menimpa dan cuba menyelamatkan rakan-rakannya dari bas yang mereka naiki. Selepas kejadian itu mereka digelar ‘The Lucky 8’, namun seorang demi seorang menemui ajal dalam cara yang sangat dahsyat dan membingungkan. Setelah sedar kematian rakan-rakan mereka tidak normal, mereka cuba sedaya upaya untuk mengelak menjadi mangsa seterusnya. Namun kali ini, cubaan menyelamatkan diri agak lewat dan tidak memberangsangkan. Jika mangsa-mangsa Final Destination dulu berganding bahu dan bersusah payah mencari jawapan dan berusaha, kali ini ia menjadi perjuangan sendirian yang agak lemah dan membosankan.

Babak-babak kematiannya masih menghiburkan tetapi tidak meninggalkan kesan mendalam kerana hanya 3 kematian sahaja yang memberi debaran, selebihnya terlalu pantas dan mudah. Seperti yang sudah sedia maklum, teknik saat-saat menuju ke puncak kematian Final Destination tidak ubah seperti simfoni orkestra: teratur, perlahan, berseni dan mengejutkan bukan dilaksanakan dalam kelam kabut kerana itu hanyalah untuk kematian terakhir dalam setiap filem. Sebagai contoh dalam situasi balik kampung, bukan kertas itu saja bakal penyebab kematian sebab ada lima lagi kemungkinan akan turut serta; mungkin suis wiper anda lintar pintas, mungkin anda sakit perut keracunan makanan sebab rendang dah basi, dan mungkin mercun dikerusi belakang ternyala kerana pancaran tepat matahari.

Jika anda peminat Final Destination, anda akan kagum dengan kejutan dipenghujung filem ini kerana ia sedikit sebanyak menyokong teori-teori dalam filem sebelumnya terutama sekali filem kedua. Ada sedikit kemusykilan dan kerisauan timbul bila watak William Bludworth menyebut: “I’ve seen this before”, tanpa memberi sebarang spoiler anda akan menggabungkan semua bahagian-bahagian jigsaw puzzle diakhir filem ini sambil disajikan dengan persembahan khas sebelum kredit penutup.


Filem ini wajib ditonton dalam versi 3D untuk merasai tahap gory tertinggi dan kepuasan maksima setiap kesan khasnya. Di sini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan kepada semua ahli CosPlay-FUN. Nasihat saya, berhati-hati dijalanraya dan jauhkan diri anda dari memandu berdekatan dengan lori-lori balak.

Terima kasih kepada Warner Bros. Pictures (Malaysia)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s