… Pop-Culture resource for the Malaysian Cosplay Community

Ulasan filem “The Three Musketeers” 3D

Cuba teka berapa banyak adaptasi filem The Three Musketeers yang pernah di tayangkan? Jawapan: 21. Walaupun pelbagai perubahan dilakukan jauh menyimpang dari karya asli Alexandre Dumas, jalan ceritanya tetap sama dan diulang berkali-kali. Tambahan pula versi terbaru ini hasil tangan Paul W.S Anderson, pengarah prolifik yang kalau berjaya tahap setinggi “Death Race” dan kalau gagal serendah “DOA: Dead or Alive”. Risau bukan?

Cara terbaik ialah memasuki pawagam dengan harapan terendah dan mungkin anda keluar dengan kepuasan. Kepuasan dari segi visual yang teramat cantik dan kesan khas yang berjaya memberi impak mendalam melalui teknologi 3D. Pujian perlu diberikan kepada pengarah seni, pereka set dan pereka kostum kerana berjaya bekerjasama dalam hampir setiap babak. Walaupun mengambil risiko dengan bermain dengan tona warna terang, perbezaannya tidak menonjol apabila ditonton dengan kacamata 3D berbanding dengan trailer dalam 2D yang menghasilkan warna yang amat cerah.

Jalan ceritanya masih sama tetapi penulis lakon layar dan pengarah berjaya memanipulasikan rentak dan gaya penceritaan untuk menarik perhatian penonton walaupun Anderson dengan kehadiran Orlando Bloom sangat terikut-ikut gaya “Pirates Of The Caribbean”. Akibat terlalu banyak watak, pengolahan karakter lebih banyak tertumpu pada Athos, D’Artagnan dan Milady. Sudah pasti ramai yang mempertikai ketepatan zaman, abad atau kurun tetapi tanpa perubahan ini, versi sekarang tidak ubah seperti filem-filem lampau dan pasti membosankan.

“The Three Musketeers” perlu ditonton dalam 3D dan harapan yang sederhana untuk dihargai, sebaik sahaja kredit penutup bermula, anda semua pasti tertanya-tanya bagaimana pengarah Paul W.S Anderson akan membawa panji Musketeers selepas ini? Jangan bimbang, dia sudah buktikan dengan saga tanpa henti “Resident Evil”.

Demonstrasi sukan berpedang fencing sempena tayangan khas “The Three Musketeers” di GSC Maxx, Berjaya Times Square

Penonton bergambar dengan karakter-karakter berkostum di tayangan khas “The Three Musketeers” di GSC Maxx, Berjaya Times Square

 

Terima kasih kepada Golden Screen Cinemas Sdn Bhd 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s